Ikuti Kami:

“Lain Dari Media Gambarkan..” – ‘Dear Jinri’ Bakal Tayang, Pengarah Dedah Peribadi Sebenar Mendiang Sulli

“Lain Dari Media Gambarkan..” – ‘Dear Jinri’ Bakal Tayang, Pengarah Dedah Peribadi Sebenar Mendiang Sulli

Peminat pastinya masih berasa sebak atas kehilangan artis berbakat Korea iaitu Sulli atau nama sebenarnya Choi Jin-ri.

Terbaru, pengarah untuk dokumentari mendiang Sulli “Dear Jinri” iaitu Jung Yoon-suk, telah berkongsi proses penggambaran untuk filem berkenaan di Festival Filem Antarabangsa Busan.

Dalam “Dear Jinri”, ia akan memaparkan beberapa siri wawancara yang menjelaskan tentang kebimbangan dan pandangan Sulli sebagai seorang artis dan pelakon.

Mengimbas kembali, pengarah berkongsi,

Sulli adalah seorang pendengar yang hebat. Dia benar-benar pandai mendengar orang dan berusaha untuk memahami pandangan saya. Ketika itulah saya sedar dia berbeza daripada apa yang digambarkan oleh media. Orang yang saya bekerja adalah Choi Jin-ri yang sebenar.

Sambungnya lagi dengan memuji mendiang,

Dia seorang yang baik, bertimbang rasa dan sering menerima pandangan orang lain. Sungguh mengejutkan apabila melihat imejnya di khayalak ramai yang berbeza sama sekali dengan keperibadiannya yang sebenar.

Rindunya kat Sulli..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...