BLACKPINK nampaknya akan menemui peminat dengan muzik baharu tidak lama lagi.
Meskipun masih belum ada pengumuman rasmi berkenaan kemunculan semula BLACKPINK namun, ahli kerap memberi petunjuk bahawa mereka sedang bersiap untuk kembali dengan lagu baharu tidak lama lagi.
Terbaru pada 22 Mac, ahli tertua BLACKPINK Ji-soo telah berborak dengan peminat melalui aplikasi Weverse, di mana dia menjawab beberapa soalan. Satu soalan yang telah diajukan ialah,
Beri kami ‘spoiler’ untuk kemunculan semula!!
Jawapan Ji-soo nampaknya telah menambah keterujaan peminat,
Lagunya sangat bagus☺
https://twitter.com/BBU_BLACKPINK/status/1506153609326886913
Sementara itu, kemunculan semula terakhir BLACKPINK adalah pada tahun 2020 dengan lagu “Lovesick Girls”. Walaupun pada 2021, terdapat dua debut solo oleh Rosé dan Lisa, peminat masih menantikan promosi BLACKPINK dengan kesemua 4 ahli.
Sabar tau BLINK!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.