Utama Tempatan Lagu Melayu Pertama Hanbyul, ‘Luka Dan Bahagia’ Trending Di Youtube!

Lagu Melayu Pertama Hanbyul, ‘Luka Dan Bahagia’ Trending Di Youtube!

lagu hanbyul luka dan bahagia trending di youtube

Sejak menyertai rancangan Big Stage 2019, nama penyanyi berasal daripada Korea iaitu Jang Hanbyul semakin dikenali  oleh rakyat Malaysia. Bukan sebab dia berasal daripada negara yang dikenali dengan genre K-Pop ya, tapi kerana vokalnya yang mantap! Selain itu, persembahannya yang memukau dan bertenaga berjaya membuatkan ramai mula menyokongnya.

Hanbyul ternyata popular apabila saban minggu, dia mesti berda di tangga teratas untuk undian atas talian. Bakat yang ditunjukkan olehnya berjaya mencuri hati bukan sahaja peminat tetapi juga penonton rancangan tersebut. Dengan semangat yang jitu dan sokongan orang ramai, Hanbyul kini berjaya melangkah ke pentas finale yang bakal berlangsung pada Ahad ini!

Kalau anda nak tahu, setiap seorang daripada peserta Big Stage 2019 yang melepasi peringkat separuh akhir telah mengeluarkan single terbaru termasuklah dengan Hanbyul. Walaubagaimanapun, lagu yang dirakamkan olehnya iaitu ‘Luka Dan Bahagia’ mendapat reaksi yang memberangsangkan oleh orang ramai berbanding dengan lagu peserta yang lain.

lagu hanbyul luka dan bahagia trending

Memang hebat perhatian yang diberikan kepada lagu ini kerana selepas sahaja dimuat naik di laman Youtube, dah lebih 600,000 orang yang menontonnya! Bukan itu sahaja, siap trending di tempat ke-4 kelmarin dan kini berada di posisi ke-5!

Lagu ini ternyata best kerana dinyanyikan oleh Hanbyul dengan suaranya yang sedap tetapi jadi lagi best apabila ia telah ditulis oleh penyanyi muda iaitu Haqiem Rusli serta digubah oleh AG Coco, patutlah sedap!

 

 

View this post on Instagram

 

are you ready for “Luka dan Bahagia” #LukaDanBahagia #HanByul #StudioSession

A post shared by @ haqiemrusli98_ on

Kepada yang belum dengar, bolehlah tonton video di bawah ini dan jangan lupa untuk saksikan persembahan live lagu ‘Luka Dan Bahagia’ buat pertama kalinya oleh Hanbyul pada pentas finale Big Stage nanti!

Sumber: Maestromediamy

Leave a Reply