Hanya disebabkan satu kesalahan ini, lagu terbaru Jennie “Mantra” telah dilarang untuk dimainkan menerusi KBS.
Menurut keputusan semakan muzik KBS, “Mantra” dianggap tidak sesuai untuk penyiaran di saluran KBS, kerana liriknya ada menyebut jenama tertentu seperti ‘In-N-Out’ dan ‘Defender’.
Ia dilapor telah melanggar Artikel 46 Peraturan Semakan Penyiaran kerana ia merujuk kepada jenama produk tertentu dalam liriknya, yang membawa kepada larangan penyiaran.
Namun, jika lirik lagu itu disunting dan lulus dalam penilaian semula, ia boleh disiarkan.
Sementara itu, lagu “Mantra” telah dikeluarkan pada 11 Oktober dan berjaya mendominasi carta muzik domestik dan antarabangsa.