Pendapatan daripada lagu “APT” nyanyian Rosé mengejutkan ramai.
Dalam episod ke-265 rancangan KBS Joy “20th Century Hit-Song” yang disiarkan pada malam 16 Mei, tema minggu itu ialah “Bau Duit Semerbak~ Lagu-Lagu Mega Hit yang Hasilkan Pendapatan ‘Berkepuk-kepuk'”, yang menampilkan lagu-lagu mega hit dengan pendapatan yang luar biasa.
Pada hari tersebut, Mi-joo berkata,
Awak tahu tak apa persamaan antara tiga lagu ini – Rosé ‘Apartment (APT.)’, EXO ‘Growl (으르렁)’, dan BTS ‘Dynamite’?
Dia menyambung,
Lagu-lagu ini meletup dan menghasilkan pendapatan yang sangat besar. Lagu ‘APT’ oleh Rosé sahaja meraih 133 bilion won (sekitar RM470 juta) hanya daripada penstriman dalam masa dua minggu selepas dilancarkan.
Mi-joo juga berkongsi, EXO memperoleh 105 bilion won daripada jualan album ‘Growl’, manakala BTS mencatat hasil jualan sekitar 2 trilion won melalui ‘Dynamite’,”
Untuk makluman, “Apartment” ialah lagu duet antara Rosé dan Bruno Mars yang dikeluarkan pada 6 Disember tahun lalu sebagai single pratayang daripada album penuh pertama Rosé bertajuk “Rosie”. Lagu ini menerima sambutan luar biasa sejurus dilancarkan dan menjadi mega hit di peringkat global.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.