Ikuti Kami:

“Lagi Mahal Dari Selebriti” – Cecah Ratusan Ribu, Ini Harga Bayaran Setiap Entri Iklan Di IG FreeZia

“Lagi Mahal Dari Selebriti” – Cecah Ratusan Ribu, Ini Harga Bayaran Setiap Entri Iklan Di IG FreeZia

Boleh dikatakan nama FreeZia memenuhi dada-dada berita Korea sejak beberapa minggu ini. Meskipun terkenal kerana personalitinya dalam “Single’s Inferno” namun dia mula mendapat kritikan selepas didedah menggunakan banyak barangan berjenama ‘fake’.

Terus popular kini, FreeZia yang pada asalnya dikenali sebagai personaliti media sosial dan YouTuber kecantikan telah meraih perhatian ramai jenama terkenal. Ini disebabkan kepopularitiannya yang dapat dilihat menerusi nombor pengikut di Instagram iaitu 3.3 juta dan YouTube dengan 1.9 juta langganan kini.

Menurut agensinya, Song Ji-a menerima 30 milion won (RM105k) bagi setiap entri iklan di Instagram. Produksi untuk barangan berjenama di YouTube pula ialah 80 milion won (RM281K). Oleh kerana menjadi rebutan ramai, FreeZia telah menutup permohonan untuk iklan sehingga Mei di Instagramnya.

freezia

Khabarnya, wanita itu telah menerima tawaran 90 milion won daripada jenama ais krimpopular untuk melakukan iklan di Instagram dan YouTube namun mereka membatalkannya kerana harga bayaran FreeZia yang lebih tinggi dari selebriti. Malah pesert “Single’s Inferno” itu turut terkenal kerana sering menolak kontrak eksklusif bagi satu jenama fesyen atau produk kecantikan sahaja kerana mahu membuat iklan bagi pelbagai jenama.

Boleh tahan laku kan FreeZia?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...