Bukan sahaja pelakon berbakat, Lee Dong-wook juga sering mendapat perhatian kerana wajah tampannya.
Tak lama lagi, Lee Dong-wook akan menemui penonton menerusi filem baru berjudul “Harbin”, yang akan turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Hyun Bin, Jeon Yeo-been, Park Jung-min dan ramai lagi.
Menerusi video trailer yang dikongsi, netizen rata-rata terkejut melihat penampilan Lee Dong-wook dalam filem berkenaan, di mana dia tampil berbeza dari biasa.
this is insane pic.twitter.com/SdOW6njAHo
— zee (@ryusooyeoI) July 21, 2024
Khususnya, lelaki itu dilihat mempunyai misai dan jambang, yang jarang dilihat sebelum ini. Komen netizen,
- Saya akan tonton filem ini hanya sebab nak tengok Lee Dong-wook!!
- Lee Dong-wook ada misai OMG
- Dia nampak bertambah kacak bila ada misai dan jambang.
- Saya harap dia akan kekalkan penampilan seperti ini.
Sementara itu, filem “Harbin” mengisahkan tentang pejuang kemerdekaan yang mempertaruhkan nyawa untuk menuntut semula tanah air mereka.
Bila je kan Lee Dong-wook tak handsome!