Ikuti Kami:

“Lagi Elok Dari Han Sohee” – Iklan Dibintangi Suzy Raih Pujian Hebat

“Lagi Elok Dari Han Sohee” – Iklan Dibintangi Suzy Raih Pujian Hebat

Suzy berjaya menambat hati ramai menerusi iklan terbaru untuk platform kereta terpakai HeyDealer!

Terdahulu, pihak HeyDealer telah memilih Suzy untuk menggantikan tempat Han So-hee. Malah plot yang ditulis seakan-akan filem berjaya membuatkan ramai yang tertarik untuk melihat hasilnya sehingga tamat.

Suzy menerima pujian atas penampilannya dalam iklan baru HeyDealer sebagai model terbaru.

Pihak HeyDealer yang memilih Suzy sebagai model baru menggantikan pelakon Han So-hee menyatakan bahawa iklan tersebut menarik minat dengan gaya seperti filem sambil memaparkan daya tarikan serba boleh Suzy yang berjaya menarik banyak perhatian.

Puji netizen,

  • Iklan Suzy sentiasa terbaik.
  • Thumbnail sahaja sudah membuatkan saya mahu klik.
  • Iklan yang pendek tetapi seronok seperti menonton filem.
  • Wajah Suzy sahaja sudah cukup menghiburkan.
  • Imejnya kini kelihatan lebih mewah.
  • Suzy memang terbaik.
  • Saya terkejut betapa cantiknya sepanjang iklan tersebut.

Setuju tak korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   XSports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...