Ikuti Kami:

Kyuhyun Bakal Lancar OST Bagi ‘Shooting Star’ Nanti

Kyuhyun Bakal Lancar OST Bagi ‘Shooting Star’ Nanti

Penyanyi dan juga pengacara terkenal, Kyu-hyun atau lebih dikenali melalui kumpulannya, Super Junior baru-baru ini khabarnya mempunyai karya terbaru.

Sebelum ini, Kyu-hyun pernah tampil dalam siri Netflix popular, “Single Inferno” sebagai seorang pengacara di samping beberapa artis lain seperti Lee Da-hee, Hong Jin-kyung dan juga Hanhae. Terbaru, Kyu-hyun bakal menyanyikan OST “Departure” bagi drama “Shooting Star”.

“Shooting Star” yang mula disiarkan pada April lalu kian meraih perhatian tiap kali episod baru ditayangkan. Lagu OST “Departure” adalah versi susunan semula lagu Harim yang dikeluarkan pada tahun 2001 berdasarkan bunyi yang diolah. Berbeza dengan lagu asal yang bergenre R&B, yang menggunakan instrumen ringkas seperti piano, gitar akustik, bes dan dram yang disusun untuk menyerlahkan lagi vokal menarik Kyu-hyun yang penuh emosi.

shooting starKyu-hyun yang menyanyikan lagu ini menyempurnakan lagi balada konsep mewah yang bakal mencuit hati pendengar dengan suara uniknya dengan meluahkan rasa kesedihan yang mendalam. Kebolehan nyanyian Kyu-hyun yang mendendangkan emosi yang semakin mendalam menjelang separuh masa kedua lagu tersebut, dijangka bakal menarik perhatian pendengar dan peminat drama, dan bakal meninggalkan kesan drama yang berpanjangan.

Drama komedi romantik tvN “Shooting Star” ini dibintangi oleh Lee Sung-kyung, Kim Young-dae, Lee Jung-shin, Park So-jin, Kim Yun-hye dan juga Yoon Jong-hoon yang disiarkan pada setiap Jumaat dan Sabtu. Nantikan episod terbaru “Shooting Star”.

Kongsikan pendapat korang bila dah dengar OST tu tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...