Ikuti Kami:

‘Kwondo1’ Kolaborasi G-Dragon Dengan Nike, Habis Dijual Di Lebih 40 Negara

‘Kwondo1’ Kolaborasi G-Dragon Dengan Nike, Habis Dijual Di Lebih 40 Negara

G-Dragon telah menjadi ikon fesyen dalam industri K-pop selama bertahun-tahun.

Dia terkenal dengan penampilan bergaya dan ‘vibe’ yang ‘hipster’, membawa banyak pengaruh kepada peminatnya. Sebab minatnya pada fesyen dan pakaian, G-Dragon telah memulakan jenama pakaiannya ‘PEACEMINUSONE’, di mana dia melancarkan reka bentuk pakaiannya sendiri dan bekerjasama dengan jenama popular lain. Salah satu kerjasama yang paling terkenal ialah dengan kasut Nike.

‘PEACEMINUSONE’, jenama G-Dragon telah bekerjasama dengan Nike untuk melancarkan pelbagai reka bentuk kasut yang menggabungkan bunga ‘daisy’ dan tandatangan G-Dragon dengan satu pedal hilang. Baru-baru ini, G-Dragon mengeluarkan satu lagi kasut kerjasama bersama Nike, yang dipanggil ‘Kwondo1’, yang ditunggu-tunggu oleh ramai peminat untuk mendapatkannya.

Telah didedahkan bahawa tidak lama selepas kasut itu dilancarkan, ia terus habis dijual di pelbagai negara. Dan kini, kasut itu dijual dengan harga yang tinggi di platform jualan semula seperti eBay.

Dijual habis di 47 negara pada harga asal £165 (kira-kira RM924), kasut itu kini dijual pada harga RM2,752 iaitu kira-kira tiga kali ganda daripada harga asal. Ramai netizen berkumpul dalam talian untuk menyatakan rasa terkejut mereka dan juga betapa kagumnya mereka dengan keputusan serta kuasa jenama G-Dragon.

peaceminusone x nike kwondo1

Fuhhh GD kot, memang semua nak beli la!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...