Utama Drama Korea Kwon Sangwoo & Sung Dongil Terajui Drama ‘Crisis X’

Kwon Sangwoo & Sung Dongil Terajui Drama ‘Crisis X’

sung dongil kwon sangwoo

Ada tak yang menantikan Kwon Sang-woo kembali beraksi dalam arena K-Drama?

Terbaru, laman penstriman Wavve telah mengumumkan pelbagai siri baru yang akan ditayangkan menerusi platform itu dalam tahun ini.

Antara naskhah yang menarik perhatian ramai ialah ‘Crisis X’ yang membawa kisah situasi tegang dilalui oleh setiap generasi dalam era kini dan akan disampaikan dengan cara menyeronokkan.

wavve crisis x

Lebih mengagumkan kerana dua nama terkenal bakal menerajui drama itu iaitu Kwon Sang-woo dan Sung Dong-il.

Drama lain yang bakal ditayangkan di Wavve nanti ialah “Tracer 2”, “Gentleman” dan “Weak Hero”.

Nantikan “Crisis X” pada musim panas ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERStar News
Loading...