Ikuti Kami:

Kwangsoo Dedahkan Rahsia Kelakar Disebalik Senyuman Lebar Jihyo Selepas Menangis Teresak-Esak

Kwangsoo Dedahkan Rahsia Kelakar Disebalik Senyuman Lebar Jihyo Selepas Menangis Teresak-Esak

Pasti semua peminat Running Man berasa sedih dan juga gembira semasa melihat episod khas mengenai perjumpaan peminat sempena ulangtahun ke-9 rancangan itu. Setiap ahli Running Man telah bekerja keras dan bermandi peluh saban hari bagi memberikan persembahan yang tebaik sepanjang perjumpaan peminat mereka. Bukan sahaja menyanyi, mereka juga berlatih menari berkumpulan!

Kalau anda peminat setia Running Man, anda mesti tahu yang Song Jihyo merupakan seorang yang tidak pandai menari dan tidak fleksibel. Namun dia juga bertungkus-lumus berlatih sehingga berjaya menari tanpa sebarang kesalahan semasa persembahan tarian berkumpulan iaitu ‘Boom and Just Blow’. Yang lebih mengharukan apabila pelakon wanita itu menangis tersesak-esak selepas tamat persembahan tersebut kerana tersentuh melihat sokongan peminat mereka.

jihyo menangis

Dalam episod terbaru Running Man Yang bersiaran pada 29 September lepas, kesemua ahli mereka telah duduk dan bersembang mengenai cerita disebalik perjumpaan peminat yang baru sahaja berlangsung itu.

Mereka telah berkongsi kisah kelakar di mana Ji Sukjin tidak dapat mengambil watak untuk menangis kerana Song Jihyo terlebih dahulu menangis kerana berasa tersentuh selepas tamat tarian berkumpulan mereka. Lebih lawak apabila Lee Kwangsoo berkongsi cerita disebalik kenapa Song Jihyo tersenyum gembira selepas menangis teresak-esak.

lee kwangsoo pujuk song jihyo

Semasa menangis, Song Jihyo telah meminta Lee Kwangsoo melakukan sesuatu supaya dia berhenti menangis. Lantaran itu, Lee Kwangsoo telah berbisik “Fikir sahaja tentang minuman (arak) yang kita akan minum semasa makan malam nanti.” Dia juga menambah bahawa wanita itu terus tersenyum lebar selepas mendengar bisikan itu.

lee kwangsoo pujuk song jihyo

Jelas kelihatan keakraban kesemua ahli Running Man terutamanya Lee Kwangsoo dan Song Jihyo. Tahu yang ‘kakak’nya itu sedang beremosi, terus dia membuat lawak bagi meredakan perasaan sedihnya. Jangan lupa untuk terus menonton episod baru Running Man pada setiap minggu tahu!

Nah video sedutan untuk bahagian itu.

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...