Ikuti Kami:

“Kurusnya..” – Foto Teaser Daesung BIGBANG Buat Peminat Risau

“Kurusnya..” – Foto Teaser Daesung BIGBANG Buat Peminat Risau

Peminat pastinya tak sabar untuk menantikan kemunculan semula BIGBANG kan?

Setelah hampir 4 tahun, ramai peminat telah menunggu dengan penuh harapan untuk kemunculan semula BIGBANG dan amat teruja apabila kumpulan itu mula mengeluarkan foto teaser bagi setiap ahli.

Dimulakan dengan foto G-Dragon, kemudian Taeyang dan Daesung adalah ahli ketiga yang telah melancarkan foto teasernya buat comeback mereka kali ini. Meskipun gembira dapat melihat Daesung dengan penampilan baharunya serta rambut panjang kerintingnya namun, ada satu perkara yang telah membuatkan peminat risau.

bigbang daesung teaser

Dalam gambar teaser yang dikeluarkan, wajah Daesung dilihat lebih langsing apabila dia kehilangan semua lemak bayi di pipinya. Peminat mula meluahkan rasa risau mereka di sosial media tentang berapa banyak berat badan Daesung telah turun dek wajahnya yang kelihatan agak cengkung.

Antara luahan peminat dan netizen:

Berat badannya turun sangat banyak.

Saya rasa gambar teaser Daesung paling menarik, tetapi dia kelihatan sangat kurus.

Dia menjadi sangat kurus tetapi saya masih mahu mendengar suaranya.

Mungkin Daesung mahu jumpa peminat dengan penampilan yang baharu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...