Ikuti Kami:

“Kurus..” – Kerjaya Merudum Dek Kontroversi, Keadaan Seo Yeji Kini Jadi Perhatian

“Kurus..” – Kerjaya Merudum Dek Kontroversi, Keadaan Seo Yeji Kini Jadi Perhatian

Lama tak dengar perkhabaran mengenai pelakon Seo Ye-ji kan?

Terbaru, wanita itu telah menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-34 dan memuat naik entri terima kasih buat semua yang memberikan ucapan tahniah buatnya. Malah Seo Ye-ji dilihat meluangkan masa melawat beberapa papan iklan sambutan hari jadinya yang dikelola peminat di sekitar Seoul.

Walaupun disambut gembira oleh peminat, namun netizen dilihat terus mengungkit mengenai kontroversi wanita itu bersama Kim Jung-hyun di mana dia dikatakan mengawal pergerakan lelaki itu semasa mereka bercinta hingga mengganggu kerjaya seninya. Meskipun sudah cuba dijelaskan sebaik mungkin, namun ramai yang terkesan dengan kejadian itu dan ‘memulau’ Seo Ye-ji.

Malah Seo Ye-ji berehat beberapa tahun sebelum kembali dengan drama “Eve” pada tahun 2022 namun kembali menjauh dari perhatian umum dek sambutan drama itu yang sendu. Bahkan semua berterusan mengungkit mengenai kejadian berkenaan hingga Seo Ye-ji tidak menjalani sebarang aktiviti di khalayak umum sehingga kini.

seo yeji

Komen netizen melihat entri sambutan hari jadinya,

Sebenarnya dia dah kembali berlakon tapi sebab ‘Eve’ tak meninggalkan impak, sebab itu dia tenggelam kembali.

Kalau lah dia tak buat hal, mesti dia terus bernaung di bawah agensi Kim Soo-hyun dan mungkin buat kemunculan istimewa dalam ‘Queen Of Tears’.

Ramai je buat hal sekarang, jadi buat ke comeback..

Kurusnya..

Sejak kes itu, saya terus tak suka dengannya.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   FM Korea

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...