Ikuti Kami:

Kurang Sambutan, Rating ‘Sponsor’ Jatuh Ke 0%

Kurang Sambutan, Rating ‘Sponsor’ Jatuh Ke 0%

Terpalit pelbagai kontroversi sejak sebelum tayangan, “Sponsor” nampaknya tidak mampu menarik perhatian hingga kini.

Terbaru, drama gabungan iHQ dan MBN itu yang hanya meraih rating dalam lingkungan 1% sebelum ini terpaksa akur apabila episod terbarunya mencatat rating terburuk sepanjang tayangan iaitu 0.9%.

[Amaran SPOILER]

ihq sponsor

Dalam episod ini, Han Chae-rin (Han Chae-young) yang menyangkakan dia mempunyai segalanya selepas berkahwin dengan Hyung Seung-hoon (Koo Ja-sung) berdepan dengan halangan apabila Park Da-som (Ji Yi-soo) yang merupakan bekas isteri lelaki itu telah menjadi tunangan David Choi (Kim Jung-tae), seorang lelaki kaya mula menunjukkan belangnya. Malah segala hartanya mungkin akan diberikan kepada Lee Sun-woo (Lee Ji-hoon) sekaligus Han Chae-rin berada di hujung tanduk kini.

“Sponsor” ialah drama romantik mengenai 4 individu yang mencari sponsor dengan cara tersendiri bagi memenuhi kemahuan yang diinginkan.

Kenapa agaknya rating rendah ya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...