Merupakan antara pelakon lelaki berbakat, babak ciuman Yoo Yeon-seok dalam K-Drama sering menjadi perhatian penonton.
Baru-baru ini, Yoo Yeon-seok dan Lee Sung-min telah muncul sebagai tetamu dalam rancangan YouTube “Salon Drip”, yang diacarakan oleh Jang Do-yeon.
Dalam siaran itu, pengacara berkata,
Kalau cari nama Yoo Yeon-seok di Internet, pasti istilah carian teratas adalah ‘Adegan berciuman Yoo Yeon-seok’.
Respon Yoo Yeon-seok,
Dalam ‘Salon Drip’, awak mesti akan tanya tentang adegan cium. Dalam episod Ji Chang-wook juga.
Kemudian apabila ditanya apakah persiapan yang dia akan lakukan sebelum merakam babak ciuman dalam drama, lelaki itu berkongsi,
Biasanya saya berkumur untuk mencuci mulut, tetapi kaedah yang saya gunakan sebelum ini ialah berkongsi segelas wain dengan rakan pelakon saya. Dengan menawarkan secawan wain, ia akan meredakan mood.
Omo!