Kumpulan unit terbaharu ASTRO telah didedahkan!
Pada 27 Disember, Fantagio Music mengumumkan bahawa barisan rap ASTRO iaitu ahli JinJin dan Rocky akan mengeluarkan “Restore”, album mini pertama mereka sebagai kumpulan unit dua ahli. Album baharu ini menandakan aktiviti unit/solo terbaharu untuk kumpulan itu, berikutan unit sebelumnya Moon-bin dan San-ha serta keluaran solo trot-pop daripada MJ.
“Restore” akan menjadi keluaran pertama mereka berdua sebagai satu unit. Pada 27 Disember, Fantagio telah melancarkan teaser imej pertama untuk “Restore” yang menarik perhatian peminat dengan ilustrasi dan warna terangnya.
https://twitter.com/fantagiomusic_/status/1475406105727672329
Kedua-dua ahli adalah penyanyi rap dan penari utama ASTRO. Selain itu, JinJin dan Rocky mempunyai warna vokal dan gaya tersendiri sebagai artis, sering menyumbang bakat muzik mereka semasa penulisan dan gubahan lagu ASTRO. Kedua-duanya membantu membentuk bunyi dan pandangan dunia pada kumpulan itu. Oleh itu, peminat mempunyai jangkaan tinggi untuk kandungan keluaran pertama pasangan itu sebagai satu unit.
Nantikan “Restore” yang akan dikeluarkan pada 17 Januari ini!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.