Kumpulan sub-unit WJSN, WJSN CHOCOME akan kembali awal tahun depan!
Pada 19 Disember, WJSN mengumumkan di media sosial bahawa sub-unit CHOCOME mereka, akan mengeluarkan album single kedua “Super Yuppers” pada 5 Januari 2022.
WJSN CHOCOME ialah subunit WJSN empat ahli yang merangkumi Lu-da, Soo-bin, Da-young dan Yeo-reum. Mereka membuat debut mereka pada Oktober 2020 sebagai sub-unit pertama WJSN dengan album tunggal “Hmph!”.
https://twitter.com/WJSN_Cosmic/status/1472522101764411394
Macam comel je konsep kali ini!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.