Kumpulan penyanyi lelaki rookie yang baru sahaja debut pada Mac 2021, selain merupakan kumpulan yang bernaung di bawah syarikat Rain ini khabarnya bakal buat comeback Mei tahun ini.
BACA: Kim Taehee Bakal Buat Kemunculan Istimewa Dalam MV Kumpulan Idola Dibentuk Rain, Ciipher
Kumpulan penyanyi CIIPHER ini merupakan kumpulan rookie yang dibimbing oleh penyanyi terkenal, Rain dan dianggotai oleh 7 orang ahli kumpulan iaitu Hyun-bin, Tan, Hwi, Keita, Tag, Do-hwan dan juga Won.
Pada 18 April, syarikat Rain telah mengumumkan bahawa kumpulan ini bakal membuat comeback dengan album mini ketiga mereka pada pertengahan Mei ini. Pelancaran album akan datang ini merupakan comeback pertama mereka sejak 8 bulan yang lalu setelah mereka melancarkan album mini kedua mereka, “BLIND” sewaktu di awal debut mereka pada September tahun lalu.
Menurut kenyataan daripada syarikat Rain, CIIPHER sekarang ini sudah berada di pengakhiran persiapan mereka untuk comeback kali ini dan mereka akan mengumumkan tarikh yang tepat untuk kemunculan semula mereka dalam masa terdekat.
Sebelum ini, dalam album mini kedua mereka, album tersebut mengandungi muzik yang telah berkembang lebih jauh dalam semua aspek seperti persembahan dan visual dan berjaya mencapai keputusan yang baik di mana ia berturut-turut menduduki tempat teratas jualan album dalam Carta Hanteo untuk dua hari sejurus selepas dilancarkan, serta menyerlahkan kewujudan mereka sebagai “super rookie”.
Korang teruja tak untuk comeback kali ini? Jadi jangan lepaskan tarikh-tarikh penting okay!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.