Ikuti Kami:

Kumpulan Baru JYP, XDINARY HEROES Debut Dengan Lagu ‘Happy Death Day’

Kumpulan Baru JYP, XDINARY HEROES Debut Dengan Lagu ‘Happy Death Day’

Kumpulan terbaru JYP Entertainment telah membuat debut mereka secara rasmi!

Pada 6 Disember, kumpulan lelaki enam ahli XDINARY HEROES mengeluarkan single sulung mereka “Happy Death Day” serta muzik video rasminya. Kugiran ini merupakan yang kedua dimiliki oleh JYP STUDIO J, selepas DAY6.

Dalam muzik video itu, ahli-ahli dilihat membuat kekacauan pada majlis hari jadi kanak-kanak yang mereka hadiri sebagai badut. Mengoyak hidung badut mereka, mereka menjalani transformasi rockstar sambil mereka menampilkan persembahan rock yang lantang dan berkarisma. Lagu debut mereka ini telah ditulis oleh ahli Jung-su dan Gaon.

Sementara itu, XDINARY HEROES terdiri daripada pemain dram Gunil, pemain bass Joo-yeon, pemain papan kekunci O.de, pemain kunci Jung-su, pemain gitar utama Jun-han, dan pemain gitar irama Gaon. XDINARY HEROES memiliki konsep bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi wira, dengan menggunakan slogan promosi, “We are all heroes”.

Jom dengar lagu “Happy Death Day” oleh XDINARY HEROES!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...