Memang tak dinafikan pada tahun ini, ada banyak K-Drama menarik yang telah disiarkan!
Terbaru, Netflix telah mengeluarkan laporan tentang kandungan yang paling banyak ditonton di seluruh dunia, pada separuh pertama tahun ini.
Khususnya, “Queen of Tears” telah mengumpul sebanyak 29.2 juta penonton, menjadikannya kandungan Korea dengan paling banyak tontonan setakat 2024 ini.
Selain itu, “Parasite: The Grey” (25 juta penonton) dan “My Demon” (18 juta penonton) turut tersenerai dalam Top 10 Kandungan Bukan Bahasa Inggeris Popular Netflix.
Apa drama kegemaran korang tahun ini?