Mesti ramai kan yang dah layan “Squid Game” musim ketiga?
Baru-baru ini, Park Gyu-young yang membawa watak sebagai Kang No-eul dalam siri ini, telah terlibat dalam satu temu bual bersama Netflix Korea untuk menceritakan sedikit sebanyak persiapannya sebelum memulakan rakaman.
Khususnya, wanita itu berkongsi bahawa dia bekerja keras untuk bersenam bagi mempersiapkan diri untuk babak aksi. Kongsinya,
Saya nampak lebih kecil dari watak lelaki apabila saya memakai topeng, tapi saya sebenarnya dah bina banyak otot lengan. Saya juga melakukan banyak senaman bahagian bawah badan supaya saya dapat berdiri dengan baik.
Sambungnya lagi,
Sekarang, lemak badan saya berada dalam julat 10% dan lebih banyak otot. Saya bersenam sehingga kulit saya menjadi sawo matang dan saya juga pergi ke sekolah aksi.
Sementara itu, Park Gyu-young juga akui bahawa dia tidak mempunyai sebarang kekesalan dan berpuas hati dengan ending untuk watak No-eul dan drama tersebut.
Korang pula puas hati ke tak?