Siapa yang kenal Han So-hee, pastinya tahu wanita itu merupakan seorang pelakon versatil.
Terbaru, wanita rupawan itu mencipta fenomena baru dengan watak Yoo Chae-ok, iaitu pendatang dari luar yang pakar mencari orang hilang dalam “Gyeongseong Creature”.
Bukan hanya memaparkan pelbagai sekuen aksi dalam siri Netflix itu, malah dia turut tampil elegan dalam beberapa episod ketika menyamar untuk menyelesaikan misi pencariannya.
https://twitter.com/m_a_789/status/1738216640905465901?t=9d9HsUqHi77u7xDULgUZng&s=19
Antara salah satu babak yang tular dalam siri ini ialah apabila Yoon Chae-ok dengan ‘cool’ menukar bajunya tanpa menghiraukan pandangan watak lakonan Park Seo-joon.
Rata-rata penonton meluahkan komen teruja dek Han So-hee yang sentiasa nampak elegan dan seksi dalam mana-mana watak dibawanya.
Cantik~
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.