Ikuti Kami:

“Kuat Gila..” – Wajah Keluar Di Skrin, Peminat ‘Boo’ Seungri Ketika Konsert Taeyang Di Malaysia?

“Kuat Gila..” – Wajah Keluar Di Skrin, Peminat ‘Boo’ Seungri Ketika Konsert Taeyang Di Malaysia?

Meriah betul konsert Taeyang BIGBANG yang berlangsung di Axiata Arena, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Memang full house sampaikan tak nampak langsung kerusi kosong di dalam arena itu, sekaligus membuktikan bahawa ramai yang sudah sekian lama menantikan kehadiran ahli BIGBANG berkenaan setelah konsert terakhirnya di sini pada 2017.

Sebelum konsert bermula, pihak berkaitan telah memainkan beberapa muzik video dari penyanyi itu, antaranya ialah “Vibe”, “Shoong!” dan lain-lain lagi.

Walau bagaimanapun, apa yang menarik perhatian ramai ialah ketika muzik video “Only Look At Me” dimainkan, rata-rata peminat dilihat menyorak gembira apabila melihat T.O.P muncul namun rata-ratanya menyelar dan menjerit ‘booooo’ semasa wajah Seungri dipaparkan.

Komen yang lain, hampir kesemuanya bersetuju bahawa mereka mendengar peminat di situ memberikan respon negatif buat Seungri.

seungri

Bagi yang tidak mengetahui, Seungri meninggalkan kumpulan itu pada 2019 selepas didedahkan terlibat dengan kes ‘Burning Sun’.

Korang rasa dorang ‘booo’ ke dorang sambut?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   X

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...