Ikuti Kami:

“Kuat Buli” – Seulgi RV Teruk Dikecam Hanya Sebab Tukar Kasut Dengan Pengurus?

“Kuat Buli” – Seulgi RV Teruk Dikecam Hanya Sebab Tukar Kasut Dengan Pengurus?

Hal kecil macam ni pun Seul-gi kena minta maaf..

Baru-baru ini, Seul-gi RED VELVET telah dikritik netizen selepas dia dilihat menukar kasut bersama dengan pengurusnya ketika di lapangan terbang.

Pada awalnya, wanita itu memakai kasut tumit tinggi namun tidak lama kemudian, dia menukarnya kepada kasut sneakers yang lebih selesa, milik pengurusnya.

Melihat foto yang dikongsi, beberapa netizen menyatakan bahawa pengurusnya nampak tidak selesa memakai kasut tumit tinggi Seul-gi kerana perbezaan saiz dan meluahkan kekecewaan kepada idola itu kerana sanggup berbuat demikian.

seulgi red velvet

Selepas teruk dikecam, Seul-gi menulis permohonaan maaf di Instagram dan menjelaskan tentang situasi sebenar. Tulisnya,

Pertama, saya memohon maaf kepada pengurus dan yang lain atas kejadian di lapangan terbang semalam. Baru-baru ini, semasa berlatih, saya cedera di kaki, dan walaupun saya pakai kasut tumit tinggi di lapangan terbang, saya fikir ia akan baik-baik saja namun, tidak. Saya tak bawa kasut lain dengan saya dan itu adalah kecuaian saya sendiri.

Semasa saya berjalan, kaki saya mula sakit, dan apabila kami tiba di pertunjukan muzik, saya sukar untuk berjalan. Melihat ini, pengurus  mencadangkan untuk menukar kasut dengannya sebelum meninggalkan lapangan terbang.

Dalam keadaan di mana kaki saya sakit, saya tidak dapat memikirkan cara lain dan membuat keputusan yang salah seketika. Saya memohon maaf kepada mereka yang kecewa dan kepada pengurus yang sakit dengan kejadian ini.

Saya secara peribadi memohon maaf kepada pengurus dan akan lebih berhati-hati dan bertimbang rasa untuk mengelakkan perkara seperti itu berulang lagi.

Mesti kaki Seul-gi dah sakit sangat waktu tu sebab tu terpaksa tukar..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Nocut News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...