Utama Rancangan Hiburan “Kuat Betul Genes Ayah Dia”- HaOh Berlagak Bad Boy Dengan Perempuan, Saling...

“Kuat Betul Genes Ayah Dia”- HaOh Berlagak Bad Boy Dengan Perempuan, Saling Tak Tumpah Macam Gary

penonton terhibur lihat telatah anak gary

Kepulangan Kang Gary ke rancangan hiburan nyata disambut baik oleh peminatnya! Setelah bertahun menyepi selepas meninggalkan “Running Man”, ramai yang dah rindu melihat telatah kelakarnya. Sebab itulah apabila diumumkan bahawa lelaki itu akan sertai rancangan “Superman Returns” bersama anak lelakinya iaitu HaOh, boleh dikatakan semua orang melompat gembira.

Selepas para penonton menonton rancangan asuhan kanak-kanak itu, mereka mula jatuh cinta melihat telatah comel HaOh. Walaupun baru berusia 2 tahun, anak Gary itu menunjukkan kepandaian yang sangat luar biasa kerana mampu menyusun ayat dengan baik selain boleh membaca semua huruf. HaOh juga menunjukkan bakatnya dalam bidang muzik, mungkin datang daripada genetik Gary sebagai seorang pemuzik.

haoh dan kang gary

Terbaru, satu sedutan video HaOh dan anak Moon HeeJun iaitu Jam Jam telah tular di serata media sosial dek kecomelan mereka. Bahkan sifat kanak-kanak lelaki itu yang suka mengusik perempuan dikatakan saling tak tumpah dengan perangai Gary.

Loading...