Ikuti Kami:

Kuasa Wanita Menang, Episod Akhir ‘Mine’ Raih Rating Tertinggi Sepanjang Tayangan

Kuasa Wanita Menang, Episod Akhir ‘Mine’ Raih Rating Tertinggi Sepanjang Tayangan

Akhirnya drama penuh plot twist dan konflik iaitu “Mine” telah pun menamatkan tayangannya.

Sinopsis

Ianya membawa kisah wanita bercita-bercita tinggi dan kuat yang melawan prejudis masyarakat untuk merebut hak milik mereka.

Semua disimpul bahagia

[Amaran SPOILER]

Hampir sahaja dituduh sebagai pembunuh, Hee-soo (Lee Bo-young) berjaya menyelamatkan dirinya daripada segala prasangka dek bantuan Seo-hyun (Kim Seo-hyung). Dengan kematian Ji-yong, akhirnya wanita itu bebas daripada ketamakan lelaki tersebut. Bahkan kisah malang suaminya ditutup dengan perkhabaran bahawa dia mati kerana terjatuh dan ianya mampu diselindung kerana Seo-hyun bersekongkol dengan semua yang menyaksikan kejadian tersebut.

tvn mine

Hee-soo yang hanya mementingkan kehidupan anaknya menjelaskan bahawa dia berlakon hilang ingatan kerana tidak mahu menceritakan segalanya kepada pihak polis. Wanita itu tidak mahu Ha-joon hidup dengan memori bahawa ayahnya ialah seorang pembunuh. Selepas kejadian itu, Hee-soo dan Hye-jin (Ok Ja-yeon) dilihat akrab dan meletakkan semua yang berlaku pada masa lalu. Mereka berdua bersetuju menjadi ibu kepada Ha-joon dan melimpahkan kasih sayang sebanyaknya kepada anak lelaki itu.

Seo-hyun juga menemui kebahagian sendiri selepas menyerahkan segalanya untuk menutup semua yang berlaku di Hyowon. Malah dia juga dapat meraih cintanya dengan Suzy Choi sambil bergelar CEO baru sekaligus menghentam sistem patriarki yang sebelum ini menyelubungi rumah itu.

tvn mine

Rating menggalakkan

Sentiasa mencatat rating baik sepanjang tayangannya, “Mine” berjaya mencipta rekod peribadi baru semasa episod terakhirnya dengan catatan 10.5%. Malah, drama berkenaan berjaya menduduki tempat pertama bagi keseluruhan saluran kabel untuk slot tayangan tersebut.

Bahkan “Mine” turut tersenarai dalam ranking program TV popular di Netflix Malaysia kini. Nampak tak betapa popularnya drama ini?

Korang puas tak tonton endingnya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...