Ikuti Kami:

Krystal f(x) Sah Tinggalkan SM Entertainment, Sertai Agensi ‘Rumah’ Kepada Jung Ryeowon & Kwak Dongyeon

Krystal f(x) Sah Tinggalkan SM Entertainment, Sertai Agensi ‘Rumah’ Kepada Jung Ryeowon & Kwak Dongyeon

Selepas hanya khabar angin bertiup, akhirnya ahli kumpulan f(x), Krystal sah meninggalkan SM Entertainment dan memulakan lembaran hidup yang baru dengan agensi lain.

Pada 12 Oktober, H& Entertainment mengumumkan bahawa penyanyi dan juga pelakon itu sudah pun menandatangani kontrak eksklusif bersama mereka selepas kontraknya tamat dengan SM Entertainment pada penghujung Ogos lepas.

Kami sangat gembira dapat memulakan pengembaraan baru dengan Jung Soo-jung (Krystal) di mana dia memulakan permulaan baru dan melalui perubahan.

Kami akan mencuba sedaya upaya untuk menyokong Jung Soo-jung yang mempunyai populariti di peringkat global selepas memulakan karier sebagai penyanyi dan terus mengasah bakatnya sebagai pelakon. Dan kini dia menonjolkan lakonan yang mendalam dan bakal mengambil pelbagai aktiviti lagi.

krystal tinggalkan sm entertainment

Kalau anda nak tahu, H& Entertainment juga merupakan ‘rumah’ kepada ramai artis popular seperti Jung Ryeo-won, Son Dam-bi, Kwak Dong-yeon, Jung In-sun, In gyo-jin dan So Yi-hyun.

Semoga Krystal dapat terus berlakon dalam banyak drama lagi selepas ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...