Ikuti Kami:

Krystal f(x) Dipilih Jadi Duta Global Pertama Bagi Jenama ‘Charles & Keith’

Krystal f(x) Dipilih Jadi Duta Global Pertama Bagi Jenama ‘Charles & Keith’

Krystal telah dipilih sebagai duta global ‘Charles & Keith’!

Krystal Jung, ahli kumpulan f(x), telah dilantik sebagai duta global pertama jenama Singapura ‘Charles & Keith’. Lebih dikenali sebagai Krystal, penyanyi dan pelakon itu ditugaskan untuk meneruskan visi jenama tersebut bagi memperkasakan wanita di seluruh dunia, untuk mengekspresikan diri mereka secara bebas melalui fesyen.

Pengasas ‘Charles & Keith’ Keith Wong, berkongsi sebab dia memilih Krystal sebagai duta jenama tersebut.

Charles & Keith sentiasa meraikan wanita, menggalakkan ekspresi keperibadian dan gaya mereka melalui koleksi kami. Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan Krystal, yang semangatnya sejajar dengan nilai jenama kami dan keluarga Charles & Keith.

krystal jung charles and keith

Peranan baharu ini bermula dengan Krystal mengetengahkan kempen musim bunga 2022 jenama itu, menonjolkan kasut dan beg utama musim ini termasuk koleksi ‘Blooming Spring’ yang menggunakan motif bunga segar, pastel yang menyeronokkan dan warna-warna cerah.

Bercakap tentang peranan baharunya, Krystal berkata,

Saya amat berbesar hati dan bangga menjadi duta jenama global pertama Charles & Keith. Saya menghargai usaha konsisten jenama itu untuk memperkasakan wanita melalui fesyen sepanjang sejarah 25 tahunnya, mencipta koleksi yang direka dengan cantik yang menampilkan keseimbangan indah antara gaya mengikut trend, dan staple almari pakaian klasik.

Dia menambah,

Musim bunga mempunyai tempat yang istimewa di hati saya. Anda sentiasa memahami bahawa ini adalah musim untuk pembaharuan dan keyakinan dan ianya masa yang sesuai untuk memulakan kerjasama ini. Saya tidak sabar untuk berada di set untuk penggambaran kempen dan dibawa ke taman bunga dengan warna-warna segar dan menyeronokkan.

krystal jung charles & keith

Tahniah Krystal!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...