Selepas hampir dua tahun menjalani penggambaran, antara filem yang dinantikan ramai pada tahun ini iaitu “F1 The Movie” telah pun menemui penonton di pawagam.
Bukan sahaja ditunggu-tunggu kerana ia berkisarkan sukan F1, tetapi bintang popular yang menghiasi filem ini termasuklah Brad Pitt, Kerry Condon, Damson Idris dan Javier Bardem, turut menjadi faktor naskhah tersebut menjadi tumpuan ramai.
Berlatarkan 1990-an, Brad Pitt akan membawa watak sebagai Sonny Hayes iaitu seorang pemadu Formula 1 yang kembali berlumba dalam kumpulan APXGP, 30 tahun selepas insiden yang telah menamatkan kerjayanya.
View this post on Instagram
Namun, perjalanannya tidak semudah yang disangka kerana Sonny harus berdepan dengan rakan sekumpulannya Joshua Pearce, seorang pemandu rookie, yang tidak bersependapat dengannya.
Jadi, apakah pengakhiran untuk mereka berdua? Adakah kemenangan akan berpihak kepada APXGP atau sebaliknya? Kalau nak tahu cabaran yang Sonny dan Joshua harus lalui, tonton “F1 The Movie” sekarang di mana-mana pawagam berdekatan anda.
Psst psst..lagi feeling sebab Rosé BLACKPINK pun ada menyanyikan salah satu runut bunyi untuk filem ni tau!