Ikuti Kami:

Korea Utara Hentam Korea Selatan Atas Gambaran Imej Mereka Dalam ‘Ashfall’ & ‘Crash Landing On You’

Korea Utara Hentam Korea Selatan Atas Gambaran Imej Mereka Dalam ‘Ashfall’ & ‘Crash Landing On You’

Naskhah daripada Korea Selatan kadang-kadang ada juga menyelitkan isu atau pun kisah mengenai Korea Utara. Seperti yang semua sedia maklum hubungan antara kedua negara ini tidaklah begitu baik sejak lama dahulu lagi. Pun begitu, ada ura-ura mengatakan bahawa mereka dalam proses untuk memperbaiki hubungan tersebut.

Tapi nampaknya usaha untuk berbaik itu sedikit tercalar apabila pihak Korea Utara telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi menerusi media kawalan kerajaan iaitu ‘Uriminzokkiri’. Mereka telah menyelar imej negara tersebut yang ditampilkan dalam filem dan drama keluaran Korea Selatan. Tuduhan dilakukan atas alasan media Korea Selatan telah membangkitkan ‘propaganda masa perang’ dan mengisi naskhah mereka dengan kepalsuan dan penipuan.

Dipercayai bahawa naskhah yang dikritik oleh mereka ialah filem “Ashfall” dan drama “Crash Landing On You”. Filem aksi itu membawa kisah sekumpulan manusia yang mencuba sedaya upaya bagi menghentikan letusan terakhir gunung Baekdu yang mampu menelan kedua-dua selatan dan utara Korea sekiranya meletup. Ianya telah diterajui oleh nama besar seperti Lee Byunghun dan Ha Jungwoo.

“Crash Landing On You” pula menceritakan tentang seorang waris orang kaya Korea Selatan dan pegawai dari Korea Utara. Kisah cinta mereka bermula apabila wanita tersebut terpaksa mendarat di Korea Utara tanpa sengaja. Semasa pendaratannya itu, dia tanpa sengaja telah terserempak dengan seorang tentera di situ dan lelaki itu telah berusaha menyembunyikannya agar tidak diberkas oleh pegawai Korea Utara yang lain.

parti politik tentang crash landing on you

Antara kenyataan lain yang dikeluarkan oleh ‘Uriminzokkiri’ ini ialah pihak berkuasa Korea Selatan menggalakkan pengeluaran naskhah yang menyampaikan sentimen ‘anti-Korea Utara’ lantas merosakkan hubungan Selatan-Utara. Pihak Utara mengakhiri hujahan mereka dengan memberi amaran kepada pihak bertanggungjawab di Selatan dan produser yang terlibat supaya berjaga-jaga dan akan menerima balasan atas perbuatan jahat mereka itu.

Sumber: Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...