Ikuti Kami:

Korang Ada Masalah Cepat Berpeluh? Ikuti 4 Petua Solar Mamamoo Untuk Bebas Peluh

Korang Ada Masalah Cepat Berpeluh? Ikuti 4 Petua Solar Mamamoo Untuk Bebas Peluh

Dalam video di saluran YouTube Solar, vokalis itu mendedahkan bahawa dia sebenarnya banyak berpeluh.

Jom baca perkongsian Solar Mamamoo, tentang rahsianya yang membantu menguruskan peluh badan.

Semburan penyejuk kulit kepala

petua kurang peluh badan solar mamamoo

Menurut Solar, cara terbaik untuk menyejukkan badan adalah dengan menyejukkan kepala terlebih dahulu. Helah pertama untuk kekal segar dan kering seperti yang ditunjukkan dalam videonya ialah penggunaan semburan penyejuk kulit kepala. Di mana, semburan itu boleh menghasilkan buih penyejuk yang menyegarkan kulit kepala secara serta-merta.

Lembaran penyejuk

petua kurang peluh badan solar mamamoo

Ternyata, helaian segi empat berwarna biru sejuk ini bukan sahaja berguna semasa demam tetapi juga sangat berkesan untuk mengurangkan badan daripada berpeluh. Lembaran penyejuk seperti cool fever menghasilkan sensasi menyejukkan pada dahi dan Solar mengibaratkannya seperti memakan pudina segar!

Solar berkata lagi, walaupun ia tidak akan dapat menghilangkan haba pada badan sepenuhnya, korang boleh lekatkan helaian penyejuk itu pada dahi atau pada bahagian leher untuk membuatkan badan berasa segar, dan menghentikan peluh buat sementara waktu.

Semburan penyejuk sukan

petua kurang peluh badan solar mamamoo

Solar juga berkongsi bahawa dia dan rakan-rakannya yang lain sering menggunakan semburan penyejuk sukan untuk menyejukkan badan. Semburan ini direka khusus untuk digunakan pada pakaian dengan memberikan kesan penyejukan yang kuat.

Walau bagaimanapun, kerana ia adalah alat sukan, Solar menyatakan bahawa bau daripada semburan itu mungkin akan menyebabkan ketidakselesaan kepada orang lain. Tambah Solar, ianya sangat sesuai untuk aktiviti gim. Oleh sebab itu, penyanyi kumpulan Mamamoo ini mencadangkan, untuk guna semburan pakaian penyejuk wangi yang sesuai.

Pelapik peluh ketiak

petua kurang peluh badan solar mamamoo

Daripada semua petua dan helah yang dia kongsikan, Solar mengatakan yang ini adalah rahsia kegemarannya. Solar berkata, peluh di ketiak sebenarnya adalah mimpi ngeri terburuk bagi ramai idola K-Pop.

Pelapik peluh ketiak berfungsi sama seperti tuala biasa, tetapi ianya dicipta khas untuk menjaga ketiak. Walaubagaimanapun, pelapik peluh ini bersaiz agak besar, jadi Solar mencadangkan untuk memotong mengikut saiz ketiak korang, supaya ia tidak kelihatan janggal dan pasti boleh menjimatkan.

Selamat mencuba!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...