Koo Kyo-hwan bakal tampil dalam filem terbaru?
Satu filem terbaru arahan pengarah Won Shin-yeon iaitu “Finding The King” dijangka bakal menemui penonton tidak lama lagi.
Filem ini mengisahkan mengenai seorang lelaki yang bertemu dengan sebuah robot gergasi dalam satu zaman paling tragis dalam sejarah Korea moden. Melalui pertemuan itu, mereka berkongsi mengenai kisah suka dan duka serta berkongsi mengenai kebahagiaan dan keadilan yang telah hilang. Agensi pelakon Koo Kyo-hwan iaitu Namoo Actors, baru-baru ini berkongsi bahawa pelakon itu kini menerima tawaran untuk menerajui filem terbaru itu dan dia kini sedang meneliti tawaran tersebut.
Selain Koo Kyo-hwan, JTBC News turut berkongsi bahawa pelakon Yoo Jau-myung juga menerima tawaran untuk tampil membintangi filem tersebut namun masih belum mengesahkan pembabitannya.
Korang rasa Koo Kyo-hwan terima tak?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.