Sepertinya kritikan yang membanjiri drama “The Idol” memberikan impak besar apabila siri HBO itu dikhabarkan bakal ditamatkan lebih awak dari sepatutnya.
BACA: Mungkin Sedar Kritikan Ramai, Kenapa Jennie BP Tak Promosi Siri Provokatif ‘The Idol’?
Menurut media US yang dilaporkan pada 26 Jun, siri mengenai latar belakang dunia hiburan Hollywood itu akan menyiarkan episod akhir pada 2 Julai ini dan berakhir dengan 5 episod sahaja.
Sepatutnya mempunyai 6 episod, sebab sebenar disebalik keputusan ini tidak didedahkan buat semua.
Laporan lain mengatakan bahawa penghasilan musim kedua juga turut dibatalkan. Pun begitu, HBO menafikan laporan berkenaan dan berkata,
Keputusan untuk musim kedua ‘The Idol’ masih tidak disahkan.
Dalam pada itu, lakonan Jennie BLACKPINK menjadi bualan hangat media Korea apabila idola berkenaan menonjolkan sisi ‘liar’ apabila menari dengan ghairah bersama penari lelaki.
Lahhh..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉