Ikuti Kami:

Kontroversi Mendiang Kim Saeron Makin Teruk, Netizen Minta Kim Soohyun Ditarik Dari 18 Iklan Mewah

Kontroversi Mendiang Kim Saeron Makin Teruk, Netizen Minta Kim Soohyun Ditarik Dari 18 Iklan Mewah

Sepertinya Kim Soo-hyun terus mengalami kejatuhan tidak dijangka kini.

Susulan tuduhan baru-baru ini yang dilemparkan terhadapnya oleh keluarga mendiang pelakon Kim Sae-ron yang pada asasnya menyalahkan pelakon itu atas tindakan ekstrem mendiang untuk mengambil nyawanya sendiri, netizen Korea menuntut agar syarikat-syarikat menyingkirkan beliau sebagai model mereka.

Digelar sebagai ‘pelakon termahal di Korea’, lelaki itu memiliki pelbagai kontrak penajaan termasuk fesyen mewah, kewangan, kosmetik, dan runcit. Namun, dengan kontroversi baru ini, ramai berpendapat bahawa imejnya tidak lagi sejajar dengan nilai-nilai jenama ini terutama dalam sektor kewangan yang sering mengutamakan imej positif.

Antara jenama yang terlibat:

  • Swatch Group – MIDO (Jam tangan)
  • HEBE Beauty (Kosmetik)
  • YOU Beauty (Kosmetik)
  • K2 Korea – Eider (Pakaian luar)
  • Homeplus (Runcit)
  • Classys – Volnewmer (Kecantikan)
  • Suyen Corporation – BENCH/ (Pakaian)
  • Shinhan Financial Group (Kewangan)
  • Shinhan Bank
  • All Day Fresh – Shabu All Day (Restoran)
  • Trend Maker – Dinto (Kosmetik)
  • CJ Foodville – Tous Les Jours (Kedai roti & konfeksi)
  • KOSÉ – DECORTÉ AQ (Kosmetik)
  • Frombio (Suplemen Kesihatan)
  • Estée Lauder Companies (Wangian)
  • Jo Malone London (Wangian)
  • Cuckoo Electronics – Cuckoo (Peralatan rumah)
  • Prada (Fesyen)

kim soohyun iklan jam tangan

Komen netizen,

  • Dia memang buat banyak iklan, sial… Jika syarikat-syarikat tidak menyingkirkan Kim Soo-hyun sebagai model, aku boikot dan enggan beli dari mereka.
  • Mereka selalu kata model untuk sektor kewangan dipilih kerana imej yang dipercayai dan disukai… tapi wow, sungguh pengkhianatan yang besar.
  • Macam mana orang seperti dia boleh terlibat dalam iklan kewangan?” “Jika mereka terus gunakan dia sebagai model, mari mulakan boikot.

Selepas pendedahan gambar intim Kim Soo-hyun dan Kim Sae-ron ketika mangsa masih remaja (15 tahun) membuatkan netizen memberikan tekanan lebih besar buat kesemuruh jenama ini untuk menghentikan sokongan buat lelaki berkenaan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   The Qoo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...