Ikuti Kami:

Kontroversi Kawal Bekas Kekasih Kim Junghyun, Seo Yeji Mohon Maaf Secara Rasmi Selepas Setahun

Kontroversi Kawal Bekas Kekasih Kim Junghyun, Seo Yeji Mohon Maaf Secara Rasmi Selepas Setahun

Hampir setahun menjauhkan diri daripada media dek kontoversi bersama bekas kekasih, Kim Jung-hyun, Seo Ye-ji akhirnya memohon maaf secara rasmi.

Tahun lalu, pelakom wanita itu dikecam selepas Dispatch mengeluarkan laporan yang mengandungi mesej perbualan antara pelakon itu dan teman lelakinya pada ketika itu, Kim Jung-hyun. Laporan itu mendakwa Seo Ye-ji menyuruh Kim Jung-hyun mengubah skrip drama “Time” supaya tiada adegan bersentuhan antara dia dan heroin utama, Seohyun Girls’ Generation.

Walaupun agensinya mengeluarkan kenyataan bagi pihaknya pada ketika itu, namun wanita itu sendiri tidak berkata apa-apa mengenainya.

seo yeji

Terbaru, Seo Ye-ji berkongsi permohonan maaf secara rasmi mengenai kontroversi itu selepas 10 bulan mendiamkan diri,

Hello, ini ialah Seo Ye-ji.

Pertama sekali, saya benar-benar memohon maaf kerana lambat meluahkan perasaab menerusi kata-kata bertulis ini,

Melihatkan celaan dan banyak perkata dikatakan mengenai saya, saya mengambil masa untuk bermuhasabah diri hingga kini.

Saya ingin memohon maaf pada semua yang berasa tidak selesa kerana kekurangan saya. Sekali lagi, saya dengan ikhlas menundukkan kepala dan meminta maaf kerana telah mengecewakan semuanya.

Semua ini terjadi kerana ketidakmatangan saya dan saya akan bekerja keras untuk berkelakuan dengan lebih berhati-hati pada masa hadapan dan saya akan menunjukkan versi diri yang lebih matang.

Dalam pada itu, Seo Ye-ji bakal kembali dengan drama tvN bertajuk “Eve” tak lama lagi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...