Ikuti Kami:

Kontroversi Berterusan, Pelakon Seperti Jisoo, Ahn Bohyun & Jung Haein Putus Hubungan Dengan Kim Soohyun

Kontroversi Berterusan, Pelakon Seperti Jisoo, Ahn Bohyun & Jung Haein Putus Hubungan Dengan Kim Soohyun

Bahkan Jisoo pun tidak mahu mempunyai kaitan dengan Kim Soo-hyun yang terpalit dengan pelbagai kontroversi kini.

Sudah pun memulakan kehidupan baru di Filipina, Ji-soo dilihat muncul dalam rancangan realiti “Pinoy Big Brother: Celebrity Collab Edition” dan menerima soalan berkaitan Kim Soo-hyun, yang kini menjadi antara topik paling hangat di Korea.

Apabila ditanya sama ada dia pernah berjumpa Kim Soo-hyun secara peribadi, Ji-soo menjawab,

Sebenarnya tidak. Saya tidak pernah bertemunya secara peribadi.

Tindak balas Ji-soo yang secara jelas menjauhkan diri daripada Kim Soo-hyun telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Malah ada peminat Kim Soo-hyun yang berasa kurang senang dengan jawapan itu, manakala yang lain menganggap ia hanyalah jawapan yang jujur dan semula jadi.

jisoo kim soohyun

Disebabkan kontroversi hubungan bawah umur yang melibatkan Kim Soo-hyun, beberapa rakan selebriti yang dikenal pasti rapat dengannya turut menerima kritikan daripada orang ramai.

Antara yang terkesan ialah pelakon Ahn Bo-hyun, Im Si-wan, dan Jung Hae-in. Segelintir netizen mendesak mereka untuk berhenti mengikuti (unfollow) lelaki itu di Instagram. Malah, Ahn Bo-hyun dan Im Si-wan dilihat telah menyahikut semua akaun yang pernah mereka ikuti, menunjukkan respons terhadap tekanan awam.

Hmmm..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...