Ikuti Kami:

Kontrak Telah Berakhir, Jae Umum ‘Hiatus’ Dari Promosi Kumpulan DAY6

Kontrak Telah Berakhir, Jae Umum ‘Hiatus’ Dari Promosi Kumpulan DAY6

Jae DAY6 sah keluar dari JYP Entertainment.

Pada 1 Januari, JYP Entertainment mengeluarkan kenyataan berikut:

Helo, ini JYP Entertainment.

Pertama sekali, kami dengan tulus ikhlas memohon maaf kerana menimbulkan kebimbangan dengan berita mengejut kepada ‘My Day’ (nama kelab peminat DAY6), yang menunjukkan banyak sokongan untuk DAY6.

Jae, yang telah menjadi ahli DAY6 sehingga kini, meninggalkan pasukan itu pada 31 Disember 2021, dan kontraknya telah ditamatkan. Kami bertukar pendapat yang mendalam dengan Jae untuk masa yang lama, dan selepas perbincangan yang teliti, kami memutuskan untuk menghormati pendapat artis dan memuktamadkan kontrak eksklusif kami.

Walaupun hubungan kami dengan Jae telah berakhir, JYP Entertainment akan tetap menyokong aktiviti masa depan Jae dengan permulaan baharunya.

Kami berjanji untuk meneruskan sokongan dan usaha penuh untuk aktiviti DAY6, dan kami meminta kasih sayang dan sokongan berterusan daripada ‘My Day’.

Terima kasih.

jae day6 leave jyp

Namun tidak lama kemudian, Jae memberi jaminan buat peminat bahawa dia tidak akan meninggalkan kumpulan DAY6, sebaliknya hanya mengambil masa untuk berehat sebentar dari aktiviti promosi kumpulan itu dan akan kembali apabila keadaan semakin baik. Berikut adalah kenyataan dari Jae:

Hello ‘My Day’.

Semua orang, mereka yang bersama DAY6 atau bersama saya sehingga hari ini, terima kasih banyak-banyak. 6 tahun yang lalu ini merupakan antara tahun yang paling menggembirakan dalam hidup saya, dan saya sangat bersyukur kerana telah membina begitu banyak kenangan yang akan kekal bersama saya selama-lamanya bersama anda semua.

Banyak perkara yang perlu saya fikirkan, dan saya cuba yang terbaik, tetapi saya fikir adalah tidak memadai untuk saya berlama-lama di tempat saya berada, kerana masih banyak yang perlu saya perbaiki. Selepas perbincangan ikhlas dengan agensi saya, kami telah mencapai keputusan untuk mengumumkan penangguhan (hiatus) dalam promosi kumpulan saya.

Saya akan menghargai kenangan berpeluh bersama-sama, mendorong ke hadapan bersama-sama, dan semua detik-detik gembira yang membuat saya menitiskan air mata selama 6 tahun yang lalu dengan hati saya, dan berharap saya boleh kembali ke kumpulan itu sebagai orang yang lebih baik daripada sekarang.

Ini adalah Jae DAY6, terima kasih!

jae day6

Selain itu, Jae juga turut membuat siaran langsung buat peminat, bagi menjelaskan sepenuhnya tentang keadaan sebenar. Menurut Jae di dalam siaran tersebut, dia kini sah keluar dari JYP Entertainment, dan sedang berehat dari aktiviti promosi DAY6 hanya buat sementara waktu. Jae juga memberitahu bahawa dia telah pun berbincang dengan ahli DAY6 yang lain dan peminat tidak perlu khuatir.

Jae cuma rehat je tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...