Ikuti Kami:

Kontra Kehidupan Ibu & Pembunuh Upahan, Ini Sebab WAJIB Tonton ‘Kill Boksoon’ Di Netflix Kini

Kontra Kehidupan Ibu & Pembunuh Upahan, Ini Sebab WAJIB Tonton ‘Kill Boksoon’ Di Netflix Kini

Hari yang ditunggu telah tiba, akhirnya filem “Kill Boksoon” sudah pun bersiaran di Netflix kini.

Untuk pengetahuan, “Kill Boksoon” mengikuti kisah Bok-soon, seorang pembunuh legenda dalam industri pembunuhan kontrak yang berada di persimpangan konflik di antara kerjaya dan keluarga.

Menerusi sebuah jemputan istimewa ke sidang media naskhah berkenaan, KimchiDaily dapat mendengar dengan lebih lanjut mengenai filem yang dinantikan ramai ini.

netflix kill boksoon

Kredit: Netflix

Dijemput ke Festival Filem Berlin

Bagai bulan jatuh ke riba, pengarah Byun Sung-hyun mendedahkan bahawa dia terkejut apabila dijemput untuk menayangkan “Kill Boksoon” secara perdana di acara hebat itu.

Saya sangkakan filem ini bukan naskhah yang akan dipilih untuk festival seperti di Berlin. Ia adalah filem genre. Tapi saya tersentuh melihat tayangan itu diadakan dalam teater dengan 1,800 penonton dan dapat melihat mereka bersimpati dengan cerita itu.

Dibarisi pelakon hebat

Apabila mendengar nama Jeon Do-yeon, rata-rata penggemar filem Korea telah meletakkan harapan yang tinggi buat kejayaan naskhah ini. Tambahan pula, ia merupakan kali pertama pelakon hebat itu menjayakan filem aksi.

netflix kill boksoon

Kredit: Netflix

Jelas Jeon Do-yeon, dia sukar untuk mendapat tawaran watak yang pelbagai,

Jadi, saya sangat gembira apabila menerima tawaran filem aksi. Ia merupakan kali pertama saya menyertai sebarang projek tanpa membaca skrip terlebih dahulu.

Bukan itu sahaja, “Kill Boksoon” dihiasi dengan nama mantap lain seperti Seol Kyung-gu iaitu bos Gil Bok-soon, Esom sebagai pengarah di syarikat pembunuh upahan itu, Koo Kyo-hwan iaitu pembunuh upahan kelas bawahan yang menyimpan perasaan buat Gil Bok-soon, Kim Si-a sebagai anak wanita itu dan ramai lagi.

Beza watak antara ibu dan kerjaya

Akui pengarah itu, dia sebenarnya mengambil inspirasi buat filem berkenaan menerusi interaksi yang dapat dilihat antara Jeon Do-yeon dan anak perempuannya.

Saya merasakan agak menarik untuk memaparkan kepincangan watak yang mempunyai tanggungjawab untuk membesarkan anak dan membunuh orang.

netflix kill boksoon

Kredit: Netflix

Review penulis

[Amaran SPOILER]

Diberi kesempatan untuk menonton “Kill Boksoon”, pandangan pertama kami ialah filem ini bakal membuatkan ramai peminat naskhah aksi jatuh cinta. Bahkan ia agak unik berbanding filem aksi lain kerana terdapat banyak babak di mana teraju utama seperti Jeon Do-yeon dan Seol Kyung-gu meramal pergerakan musuh. Jadi penonton dibawa menyaksikan suntingan hebat urutan aksi perlawanan yang nyata mendebarkan.

Bukan itu sahaja, “Kill Boksoon” turut menyentuh aspek cinta termasuklah di antara keluarga dan teman. Bahkan akan ada elemen romantik yang tak dijangka cinta terhalang, cinta bertepuk sebelah tangan dan cinta melangkaui pangkat. Teruja kan?

netflix kill boksoon

Kredit: Netflix

Bagi yang dah tak sabar, korang boleh menonton “Kill Boksoon” di Netflix sekarang juga!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...