Peminat K-Pop di Vietnam pastinya gembira selepas BLACKPINK mengumumkan konsert pertama mereka di negara itu.
Bakal menjalankan “BLACKPINK WORLD TOUR [BORN PINK]” di Stadium Nasional My Dinh di Hanoi pada 29 dan 30 Julai. Stadium terbesar di Vietnam itu boleh menampung 40,000 penonton dan ia merupakan pertama kali kumpulan idola perempuan menjalani konsert di sana.
Walau bagaimanapun, respon positif itu berubah negatif apabila senarai lagu yang bakal dipersembahkan di konsert itu terdedah. Menerusi pengumuman, harga tiket dijual dengan harga setinggi 549,000 won (RM1,953) namun hanya dengan 14 lagu sahaja. Bahkan khabarnya ahli BLACKPINK tidak akan mempersembahkan lagu solo dan dan beberapa lagu kumpulan hingga menerima kritikan semua.
Pun begitu, kongsi YG Entertainment selepas isu itu menjadi bualan ramai.
Senarai lagu untuk konsert Hanoi yang tular di atas talian itu tidak benar. Konset akan mengikut format sama dengan konsert sebelum ini.
Tak baik tau tuduh-tuduh..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉