Ikuti Kami:

“Konsep Sama Tapi Hambar” – Asyik ‘Cedok’ Program Hiburan Korea, Industri Kreatif Malaysia Ketandusan Idea?

“Konsep Sama Tapi Hambar” – Asyik ‘Cedok’ Program Hiburan Korea, Industri Kreatif Malaysia Ketandusan Idea?

Tidak dapat dinafikan bahawa program hiburan daripada Korea mendapat tempat di serata dunia. Dek kerana daya kreatif dan unik yang ditonjolkan, sampaikan banyak stesen penyiaran daripada luar negara yang berebut membeli hak mengadaptasi sesetengah rancangan untuk ditayangkan di negara masing-masing.

Bahkan Malaysia juga tidak terlepas daripada merebut peluang mengadaptasi beberapa rancangan popular Korea seperti “I Can See Your Voice”, “Superman Returns”, “Running Man” dan banyak lagi. Walaubagaimanapun, sepertinya hanya satu atau dua rancangan yang mampu untuk kekal dalam masa yang lama manakala program seperti “Lari” atau pun “Papa Hero Saya” tenggelam daripada pengetahuan ramai dalam masa yang sekejap sahaja.

i can see your voice malaysia

Walaupun menemui pelbagai kegagalan, stesen penyiaran tempatan tak berputus asa daripada terus mencuba nasib mengadaptasi lebih banyak lagi program hiburan Korea. Antara rancangan daripada negara sana yang bakal ditayangkan tak lama lagi di sini ialah “Immortal Songs” dan “The Masked Singer”.

Sepertinya industri kreatif di Malaysia ketandusan idea untuk mempertaruhkan bakat sendiri sehingga terpaksa mengguna pakai pelbagai kandungan di Korea untuk disajikan kepada peminat tempatan. Dalam masa yang sama, ada yang melabelkan pertaruhan ini sebagai ‘hipokrit’ kerana banyak suara yang sering mengutuk industri seni Korea tapi asyik mengambil idea daripada sana.

malaysia tiru program korea malaysia tiru program korea malaysia tiru program korea malaysia tiru program korea malaysia tiru program korea malaysia tiru program korea malaysia tiru program korea malaysia tiru program korea

Mungkin disebabkan oleh kepopularitian program hiburan Korea yang dikenali di serata dunia membuatkan produser dan stesen penyiaran di Malaysia mahu menarik audiens tempatan supaya menonton siaran lokal. Malahan siri adaptasi seperti “The Masked Singer” sudah pun diadaptasi sehingga ke Amerika sana, lantas membuktikan kehebatannya.

Walaubagaimanapun, ada benarnya mengenai industri kreatif Malaysia yang sepertinya tidak mampu mengetengahkan idea sendiri sehingga asyik mencedok kandungan daripada luar. Mana tahu sekiranya rancangan yang diterbitkan kita sendiri mampu menembus sehingga ke pasaran luar negara suatu hari nanti?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...