Utama K-Pop “Konsep Musim Bunga?” – MELOMANCE Kembali Dengan ‘Hint’ Untuk Album Terbaru Mei...

“Konsep Musim Bunga?” – MELOMANCE Kembali Dengan ‘Hint’ Untuk Album Terbaru Mei Ini

melomance

Peminat-peminat K-drama pastinya masih dalam kegembiraan akibat drama yang baru sahaja melabuhkan tirai, “Business Proposal” kan? Masih ingat tak duo hebat yang membuat penampilan dalam drama tersebut iaitu MELOMANCE? Khabarnya MELOMANCE itu bakal kembali dengan album terbaru!

Duo MELOMANCE yang terdiri daripada Kim Min-seok sebagai vokalis dan Jeong Dong-hwan sebagai pianis itu bakal kembali dengan album terbaharu, “INIVITATION” pada awal Mei ini. Perkara itu disahkan oleh agensi mereka sendiri, Abyss Company apabila satu poster comeback telah dimuat naik melalui akaun rasmi Instagram mereka (@melomance_official).

Berdasarkan poster yang dimuat naik, dapat dilihat jangkaan bagi konsep yang akan dibawa untuk album kali ini apabila terdapat reka bentuk bunga-bungaan menghiasi poster tersebut seperti melambangkan sambutan musim bunga.

melomance

Dengan maklumat mengenai tarikh album ini bakal dilancarkan, semestinya sangat menarik perhatian para peminat. Berdasarkan poster, comeback MELOMANCE dengan album mini ketujuh “INVITATION” ini, ianya bakal dilancarkan pada 3 Mei. Dalam pada itu, frasa yang diletakkan di dalam poster itu dilihat sebagai salah satu klu bagi konsep kali ini.

Lagu pujian yang hangat dan menyenangkan untuk mencintai tanpa perlu berpisah

melomance

Baru-baru ini, duo itu meraih perhatian yang baik daripada peminat setelah melancarkan satu OST “Love Maybe” bagi drama “A Business Proposal”. Lagu tersebut berkisarkan mengenai perubahan emosi kerana ia melibatkan penglibatan secara menyeluruh oleh duo tersebut dalam penulisan dan pembikinan lagu tersebut. Persembahan yang berkualiti oleh MELOMANCE dengan pembawakkan suara yang merdu dan mainan piano yang romantis berjaya meraih reaksi pendengar.

Korang dah dengarkan lagu-lagu MELOMANCE? Jadi, apa pandangan korang untuk lagu terbaru kali ini? Cuba kongsikan pendapat korang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERXSports News
Loading...