Ikuti Kami:

Konon Untuk Labur Hartanah, Pengurus Tipu Lisa Blackpink Sebanyak RM3.5 Juta Untuk Berjudi

Konon Untuk Labur Hartanah, Pengurus Tipu Lisa Blackpink Sebanyak RM3.5 Juta Untuk Berjudi

Siapa sangka orang yang paling dekat dengan kita, kadang-kadang merupakan musuh dalam selimut. Begitulah yang terjadi kepada Lisa daripada BLACKPINK apabila bekas pengurusnya telah menipu duitnya sebanyak 1 bilion won (RM3.5 juta) dan menghabiskan wang tersebut untuk berjudi.

Menurut sumber media, bekas pengurus Lisa yang dikenali sebagai “A” itu sudah bersama dengannya sejak daripada awal kemunculan BLACKPINK lagi pada tahun 2016. Disebabkan sudah mengenali sejak sebelum menjadi artis, gadis itu meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada “A” bahkan ahli yang lain turut bergantung banyak kepada lelaki itu. Bahkan staf YG Entertainment juga mengatakan bahawa mereka tidak sangka dia sebenarnya berperangai sebegini.

Kononnya ingin membantu Lisa melabur dalam hartanah tetapi “A” menggunakan peluang itu untuk berjudi. Disebabkan tidak mahu mencalarkan imej dan aktiviti kumpulannya, gadis berasal daripada Thailand itu sukar untuk mendedahkan hal tersebut kepada umum. Tambahan pula dia berada di negara asing lantas membuatkan dia lebih mudah terdedah kepada penipuan seperti ini.

lisa ditipu pengurus

Disebabkan oleh khabar angin yang kian bertiup kencang itu, YG Entertainment telah tampil dan mengesahkan insiden yang berlaku pada artis naungan mereka itu.

Atas permintaan Lisa untuk menyelesaikan perkara tersebut secara baik kerana dia pernah mempercayai “A” dahulu, lelaki itu bersetuju untuk membayar kembali sejumlah wang yang telah dicurinya. Wang yang selebihnya akan dibayar menerusi pelan pembayaran balik.

Agensi itu turut mengesahkan bahawa “A” sudah pun meninggalkan syarikat itu dan mereka memohon maaf kepada peminat Lisa disebabkan perkara sebegini boleh berlaku kerana kecuaian mereka dalam mengendalikan kakitangan syarikat.

Kesian Lisa, dah lah seorang diri di Korea.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...