Meskipun sudah dimaklumkan bahawa Jun So-min mengalami kecederaan pada minggu lalu, namun wanita itu membuat kemunculan dengan kaki berbalut dan dibantu tongkat dalam episod terbaru “Running Man”.
Melihatkan kondisi wanita itu, Ji Suk-jin sahaja mengusik.
Kami ada sediakan kerusi khas buat awak.
Jawab Jun So-min berseloroh,
Tapi bukan awak yang menyediakannya kan?
Jelas Jun So-min mengenai kondisinya,
Awak tahu kan pergelangan kaki wanita selalu tergelinicir dan terjatuh apabila mereka menggunakan tangga? Ia selalu terjadi kepada saya. Kaki saya mula membengkak, jadi saya mendapatkan imbasan X-Ray dan mereka mengatakan ada tulang kaki saya yang retak.
Tambah Kim Jong-kook, perkara sedemikian sering terjadi pada kaum lelaki juga.
Meskipun muncul dalam episod ini, namun Jun So-min bakal bercuti dari penggambaran pada 24 dan 25 Januari memandangkan dia perlu berehat selepas menjalani pembedahan pada 19 Januari lalu.
Dalam pada itu, Song Ji-hyo turut tidak akan menghadiri rakaman pada 24 dan 25 Januari memandangkan wanita itu perlu menjalani kuarantin kendiri kerana tidak menerima dua suntikan vaksin atas kekangan kesihatan. Ujian ini dilakukan berikutan Eun-hyuk Super Junior yang disahkan positif COVID-19 selepas menyertai rakaman episod ini, di mana kesemua ahli “Running Man” kemudiannya disahkan negatif.
Semoga Jun So-min cepat sembuh.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.