Ikuti Kami:

Kongsi Lagu ‘Islamophobia’, Muslim Minta RM BTS & Jisoo BP Mohon Maaf

Kongsi Lagu ‘Islamophobia’, Muslim Minta RM BTS & Jisoo BP Mohon Maaf

Dikenali di seantero dunia, sudah pasti setiap tindakan idola K-Pop akan menjadi perhatian ramai.

Baru-baru ini, nama RM BTS menjadi bualan hebat pengguna Twitter apabila lelaki itu dikecam kerana menyukai lagu berunsurkan islamophobia. Ini kerana dia dilihat berkongsi lagu “Bad Religion” oleh Frank Ocean di Instagram Story miliknya.

Dalam lirik lagu itu, ia menggambarkan kesukaran pasangan cinta sejenis yang beragama Islam selain penggunaan frasa Islamik ‘Allahuakbar’ yang dipercayai merupakan penghinaan buat agama itu.

Disebabkan oleh itu, frasa ‘RM APOLOGIZE TO MUSLIM’ mula trending di serata Twitter bersama frasa ‘JISOO APOLOGIZE TO MUSLIMS’.

Bagi yang tidak mengetahui, pada April lalu, Jisoo telah menyertai penonton ketika persembahan Frank Ocean di Coachella. Berdasarkan Instagram Story yang dimuat naik ketika itu, ahli BLACKPINK tersebut dilihat memuat naik persembahan lagu “Bad Religion”.

Walau bagaimanapun, isu itu dilihat kian reda kini tanpa sebarang balasan dari pihak kedua-dua artis.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...