Ikuti Kami:

Kongsi Kisah Suka & Duka Kumpulan, BTS Akan Lancar Buku Sendiri Julai Ini

Kongsi Kisah Suka & Duka Kumpulan, BTS Akan Lancar Buku Sendiri Julai Ini

Sudah hampir 10 tahun berada dalam dalam industri hiburan, BTS pastinya mempunyai pelbagai cerita yang ingin dikongsikan.

Terbaru pada 11 Mei, Flatiron Books iaitu syarikat penerbit di Amerika Syarikat mengumumkan bahawa BTS bersama wartawan Kang Myeong-seok, telah menulis sebuah buku bertajuk “Beyond The Story: 10-Year Record of BTS”, yang menceritakan mengenai sejarah kumpulan.

Menurut New York Times, edisi Amerika Syarikat buku itu akan setebal 544 muka surat, termasuk gambar eksklusif. Terjemahan bahasa Inggeris pula dikatakan telah diketuai oleh Anton Hur dengan kerjasama Clare Richards dan Slin Jung.

bts book

Selain itu, naskhah tersebut turut dipercayai telah melakukan cetakan awal sebanyak 1juta dan sedia untuk dijual di Korea Selatan dan Amerika Syarikat pada 9 Julai ini, iaitu tarikh hari lahir kelab peminat BTS iaitu ARMY.

Bagaimanapun, butiran mengenai harga dan sama ada buku itu akan dijual secara global masih belum diketahui.

Nantikan maklumat lanjut!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...