Boleh dikatakan ramai yang suka mengusik ahli “Running Man” iaitu Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook kan?
Baru-baru ini, Haha dan ahli panel program “Red-Cheeked Ramyun Lab” tidak melepaskan peluang mengusik lelaki itu apabila dia menceritakan satu kejadian melibatkan dirinya dan Song Ji-hyo.
Cerita Kim Jong-kook,
Semasa ingin ke New York, pesawat yang saya naiki tidak dapat menutup pintunya secara rapat. Mereka kemudiannya menahan ruang yang ada dengan tuala. Saya tak bergurau, Song Ji-hyo pun ada di dalam kapal terbang yang sama.
Haha terus mencelah,
Sekejap! Kenapa pergi ke sana bersama Song Ji-hyo?
Sedikit terpempan, jelas lelaki berbadan sasa itu,
Ji-hyo mempunyai urusan kerja lain.
Menyambung ceritanya, Kim Jong-kook menjelaskan bahawa wajah ibunya kelihatan gementar semasa kejadian itu berlaku. Haha nyata tak melepaskan peluang untuk mengusik,
Nasib baik, ada menantu di sisi. Mesti dia berasa sedikit lega.
Sampuk penyanyi Sung Si-kyung pula,
Bagus Song Ji-hyo.
Seronok betul dorang mengusik Kim Jong-kook!