Mesti ramai kan yang rindu nak lihat Nam Da-reum kembali berlakon?
Terbaru pada 29 Julai, agensi telah memuat naik beberapa foto profil baru Nam Da-reum, sekaligus mengumumkan bahawa pelakon lelaki itu akan kembali memulakan aktiviti lakonannya,
Bermula dengan keluaran foto profil ini, Nam Da-reum akan memulakan kerjaya lakonannya dengan bersungguh-sungguh pada separuh kedua tahun ini.
Kongsi agensi lagi,
Kami berjanji akan menunjukkan kepada orang ramai perjalanan baru Nam Da-reum sebagai pelakon. Secara khususnya, melalui perkongsian dengan syarikat hiburan luar negara dan akan mempamerkan pelbagai karya sebagai artis global.
Melihat gambar yang dikongsi, lelaki berusia 22 tahun itu nampak lebih matang dan dewasa, tambahan pula selepas menamatkan khidmat tenteranya pada Ogos tahun lepas.
Sama-sama kita nantikan projek baru dari Nam Da-reum!