Ikuti Kami:

Kongsi Foto Mesra Dengan Jung Somin, Instagram Jung Haein Dibanjiri Komen Nama Jisoo BP

Kongsi Foto Mesra Dengan Jung Somin, Instagram Jung Haein Dibanjiri Komen Nama Jisoo BP

Nampaknya, bukan mudah untuk peminat ‘move on’ dari gandingan Ji-soo BLACKPINK dan Jung Hae-in dalam “Snowdrop”.

Baru-baru ini, Jung Hae-in telah kembali dengan drama rom-kom baru “Love Next Door” bergandingan dengan Jung So-min.

Di Instagram, lelaki itu telah memuat naik banyak foto mesra dengan dengan Jung So-min, bagi mempromosikan drama tersebut.

Namun ramai yang rasa terganggu apabila meninjau di ruangan komen, dengan peminat yang menulis nama Ji-soo dan ‘Haesoo’ iaitu gabungan nama Jung Hae-in dan Ji-soo, dalam gambar lelaki itu bersama Jung So-min.

Antara komen yang ditulis,

  • Macam mana dengan Ji-soo 😭
  • Masih tak boleh move on dengan Haesoo.
  • Saya rindu Ji-soo 😭❤️
  • Tiada lagi Haesoo..

Memandangkan drama “Snowdrop” sudah lebih 2 tahun berlalu, netizen meminta agar peminat ini ‘move on’ dan menghormati Jung So-min sebagai pasangan baru untuk drama Jung Hae-in.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...