Ikuti Kami:

Kongsi Foto Berdua Dengan Ayat Berbunga, Jun Somin Dikhabar Sedang Bercinta Dengan Oh Dongmin?

Kongsi Foto Berdua Dengan Ayat Berbunga, Jun Somin Dikhabar Sedang Bercinta Dengan Oh Dongmin?

tanpa disangka Jun So-min telah diheret dalam satu khabar angin yang mengatakan dia kini sedang hangat bercinta dengan seorang pelakon lain iaitu Oh Dong-min!

Mereka berdua ini sebenarnya pernah berlakon bersama dalam drama istimewa KBS 2018 “Review Notebook Of My Embarrasing Days”. Mungkin terus mengekalkan hubungan rakan daripada situ, mengejutkan apabila Oh Dong-min telah memuat naik gambarnya bersama Jun So-min di laman Instagram sebelum memadamnya tak lama kemudian.

jun somin dan oh dongmin bercinta

Artis saya, pelakon saya, dunia yang dilihat oleh si dia adalah seperti ukiran yang sudah diproses.

Malahan sebelum ini, ahli “Running Man” itu pernah memuat naik gambar bersama pelakon lelaki tersebut.

jun somin dan oh dongmin bercinta

Jawapan saya. Tak apa kalau keliru pun. Kerana keliru itu juga cantik.

Selepas khabar angin ini semakin kuat berterbangan, agensi Jun So-min iaitu King Kong by Starship mengeluarkan kenyataan rasmi,

Peminat telah menyebarkan gosip cinta di antara mereka sendiri tetapi ianya adalah palsu. Kami telah mengesahkan sendiri dengan Jun So-min bahawa mereka hanyalah kawan sahaja.

Mystic Story iaitu agensi naungan Oh Dong-min turut menyatakan,

Mereka hanyalah berkawan. Mereka berkenalan antara satu sama lain semasa berlakon dalam drama yang sama dahulu.

Nampaknya mereka hanyalah bersahabat sahaja, sayangnya sebab mereka nampak seperti yang sangat sukakan bahasa yang puitis. Sesuai sangat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...